Sunday, January 11, 2009

CERPEN-WARKAH BUAT SAHABAT (ep. 1)

“ Wei jauh kau termenung”,kejut Shamsul sehingga membuatkan Huzaifah terlompat kerana terperanjat.

“ Ish kau ni Shamsul suka sangat buat aku terkejut. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak alamat arwahlah aku jawabnya”, balas Huzaifah.

“ Ala relakslah. Aku tak ada niat pun nak terkejutkan kau apatah lagi nak tengok kau mati terkejut”, seloroh Shamsul.

“ Habis tu kalau dah buat macam tu tak ke mati terkejut aku dibuatnya nanti”, marah Huzaifah.

“ Okey, aku minta maaf sangat-sangat. Aku janji tak buat lagi. Ala tak ada lah, aku tengok kau termenung jauh dari tadi, sebab tulah aku datang. Apa yang kau menungkan?”, balas Shamsul.

“ Ala tak ada apalah. Aku cuma terfikirkan terlalu cepat rasanya masa berlalu kan. Yelah mana taknya pejam celik, pejam celik kita dah pun habis semester tiga. Tahun depan kita dah mula pulak semester empat”.

“ Yelah betul cakap kau tu. Aku pun macam tak percaya je. Ala tapi nak buat macam mana waktu sentiasa berputar selagi hari tak kiamat”,balas Shamsul.

“ Oh ye, kau balik kampung bila?”, soal Huzaifah.

“ Kalau ikutkan tiket bas yang aku dan Iqram beli malam ni. Kau pulak balik bila?”,balas Shamsul.

“ Oh yeke. Aku mungkin balik petang besok kot sebab banyak lagi barang tak kemas”.

“ Ala kau tak apalah rumah dekat je. Sejam dua sampailah rumah lepas tu pulak ada kenderaan sendiri. Jadi tak kisahlah bila kau nak balik pun”.

“ Lainlah aku ni terpaksa duduk berjam-jam lamanya dalam bas nak sampai rumah”, rungut Shamsul.

“ Ala tak apalah sekurang-kurangnya terasalah sikit perasaan nak balik kampong”, balas Huzaifah berjenaka.

“ Oh ye, kau ada tak nampak Iqram? Dari tadi aku tunggu dia tapi batang hidung dia pun aku tak nampak”, soal Shamsul.

“ Entahlah, aku pun tak perasan pulak dia masa keluar dari dewan peperiksaan tadi. Mungkin dia dah balik ke bilik kot. Yelah kata nak balik malam ni mestilah dia sibuk nak kemas barang”, jawab Huzaifah.

“ Okeylah kalau macam tu. Aku balik kolej dulu ye. Selamat cuti semester”.

Lalu, Hazif dan Shamsul pun berjabat tangan dan masing-masing menuju pulang ke kolej masing-masing.

nantikan sambungan untuk episod seterusnya...........

No comments: