Tuesday, March 10, 2009

Amalan Yang Kononnya Baik

Amalan Yang Kononnya Baik Oleh
Muhammad Fakhruddin Ismail
http://addeans.blogspot.com/

Jika dilihat ramai dikalangan umat islam terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain malah kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan seperti mana yang dituntut dalam Islam. Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Kenduri Arwah

Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut islam?

2. Kenduri Kahwin

Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu’alaikum berisi (hadiah wang yang dibei semasa bersalam).Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarahi orang mati, tidak segan pula Assalamua’alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak pa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Pakaian Cantik

Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakain lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini sesuatu perbuatan yang terbalik.

4. Jadi Tetamu

Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidangkan supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Solat Sunat

Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan Puasa

Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Pergi Haji

Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusaffir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. Dan sepatutnya oang yang hendak mengerjakan haji yang menziarahi orang ramai, bukannya orang ramai mennziarahi orang yang nak pergi haji.

8. Pelajaran Anak

Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al-Quran atau bersolat dan tidak lulus periksa.

9. Pergi Masjid

Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Isteri Berhias

Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sumber:

Syahadah “ Media Untuk Kesejahteraan Ummah” –November 2008

Monday, March 9, 2009

Nukilan untuk awak..

Saya sukakan awak
Tp, itu tidak bermakna saya sukakan perbuatan awak..

Saya suka berkawan dengan awak
Tapi, itu tidak bermakna saya suka tengok awak berdua-duaan dengan lelaki itu

Saya memang sayangkan awak
Tapi, itu tidak bermakna saya suka tengok awak membonceng motosikal lelaki itu

Saya memang tidak suka marah awak
Tapi itu tidak bermakna saya tidak kisah awak membiarkan pipi awak dicubit lelaki itu

Saya memang jenis tak kisah (kisah sebenarnya!!)
Tapi,itu tidak bermakna saya tak tahu apa awak buat dengan lelaki itu (saya banyak link k..jadi berhati-hatilah kerana saya telah banyak mengupah SB mengintip awak)

Saya memang orang yang tak pandai tegur
Tapi, itu tidak bermakna saya suka awak berpegangan tangan dengan lelaki itu

Saya pernah dengar cinta itu indah dan harus dibuktikan (amboi3!!)
Tapi, itu tidak bermakna saya setuju dengan kenyataan itu

Saya tahu perbuatan mencium orang yang disayangi ádalah bukti kasih kita
TAPI, ITU TIDAK BERMAKNA AWAK WAJIB CIUM PIPI LELAKI ITU! (arghhh..tamparan hebat buat saya!!)

Saya bukanlah orang yang baik, saya tahu itu
Tapi, apabila melihat awak, saya rasa kucing lagi baik daripada awak
Eloklah kiranya saya berkawan dengan kucing sahaja
‘meow..meow..meh makan meh’…hu3

Saya tahu, kadang-kadang saya tiada masa menemani awak berhibur,
Tapi,itu tidak bermakna saya suka apabila awak keluar membeli belah bersama lelaki itu

(walaupun awak kata awak keluar dengan teman perempuan, tetapi deria keenam saya dapat tahu awak kuar dengan lelaki itu….! Ooohhhh…tidak..)

Saya memang pendengar yang setia
Tapi, itu tidak bermakna saya suka mendengar cerita awak mengenai lelaki itu

Saya tahu saya perlu katakan ‘I love u’ pada ayah mak, adik beradik, sahabat n suami (ops,silap, saya x kawen lg)
Tapi, saya tak tahu pula mengucapkan 3 perkataan cinta itu perlu diucapkan kepada lelaki itu……(mudahnya awak melafazkan sayang)

Saya…….
Tapi, itu tidak bermakna saya…….

saya………….
Hu…..
Saya harap awak faham

Kalau awak sukakan Sangat lelaki itu, ajaklah dia kawen, tak perlu buang masa dan tenaga membuat perkara maksiat..bukan saja menambah dosa awak, tetapi dosa orang lain juga…kalau awak malu, SAYA DENGAN BERBESAR HATI MENJADI ORANG TENGAH..korang juz prepare duet jek…!

Saya harap awak faham
Cinta yang sebenarnya bukanlah dari lelaki itu..kerana cinta yang mulia, datang dari Pencipta Cinta…cukuplah berlakon di dunia yang hina ini….cinta itu fitrah, jangan disalahkan perasaan itu, tetapi cinta perlukan hidayah. Kalau tiada Hidayah, maka ia akan menjadi FITNAH…cukuplah orang mengutuk dan berkata macam-macam terhadap awak..
Saya harap awak faham

Lelaki yang baik, tidak akan mengambil kesempatan terhadap perempuan yang dia sayangi..yakinkah dia ádalah suamimu…?yakinkah tubuh awak itu, untuk lelaki itu?
Adakah dia lelaki yang baik? Adakah dia mampu menjadi IMAM awak?bagaimana dengan surah hafazan lelaki itu? Kalau setakat 3 Qul..mmm…mimpi dalam mimpi….

Berbanding dengan lelaki itu, saya lebih-lebih lagi sayangkan awak…
Saya harap awak faham

Awak adalah wanita, yang punya maruah yang tinggi..janganlah menunjukkan aksi-aksi yang ‘saya tak tahu nak cakap apa’ kerana walau tinggi mana pun ilmu awak, kalau awak buat perkara-perkara yang ‘ saya tak tahu nak gelar sebagai apa’, awak tetap dicop sebagai orang yang bodoh..menyerahkan harta awak sebelum awak halal berbuat demikian

Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah
Astagfirullah
Astagfirullah
Astagfirullah

Ya Ghaffar, ampunilah dosa-dosa kami…kami lalai, kami alpa dengan dunia, maka Kau ampunilah kami, kerana Engkau Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Mengasihani….
.
Awak…kita masih ada masa untuk bertaubat..janganlah hanya jadi ‘orang yang tahu buat’..janganlah awak buat saya sedih lagi…kerana, awak adalah orang yang sangat saya sayang..saya pernah dengar, tak baek menyakiti orang yang sayangkan kita..tapi, awak nampaknya lebih menjaga hati lelaki itu daripada saya..tak apa, nanti saya berunding dengan lelaki itu, jika diizinkanNya…tetapi, saya harap, awak dan dia tiada apa-apa lagi sebelum saya bertemu dengan lelaki itu…

Dari,
hambaNya yang sayangkan ‘awak’
InsyaAllah..kita bertemu lagi di lain hari, jika diizinkan bernafas dan diizinkan bertemu dengan ‘awak’….saya nak nanges nie….tu maksudnya saya sayangkan awak..tapi ALLAH lagi-lagi-laggiiiii sayangkan awak..percayalah…walaupun lelaki itu tiada di sisi, ingatlah Allah ada menemani…awak..sayangkan saya x…?eh..silap..awak sayangkan dan cintakan Allah x..?tepuk dada Tanya IMAN..jangan ditanya pada selera.kerana selera itu berpaksikan nafsu semata yang datangnya dr syaitan toek itu…

Maafkan saya jika bahasa saya ini seperti kejam…tetapi, awak nampknya bersikap kejam terhadap diri sendiri..jadi, mungkin apabila saya bersikap kejam, akan mengahsilkan sesuatu yang neutral..cas negatif bertemu dengan cas negatif akhirnya kan menjadi positif..betul kan?kan?kan? maaf, saya orang sains bukannya sastera..x pandai bermadah…xpandai berbicara romantis…wuah..apa yang saya cakapkan ini…wallahualam..

Saturday, March 7, 2009

PANDUAN 5 CARA PILIH SAHABAT

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

* Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

* Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

* Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

* Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

* Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara iaitu :

  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
  4. Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

CERPEN-BICARA HATI (EP.1)

Terlalu cepat benar waktu berlalu. Langsung tidak dirasai oleh mereka bahawa kini telah pun genap seminggu mereka mendaftarkan diri sebagai mahasiswa dan mahasiswi. Dalam masa seminggu itu juga kini telah tamat minggu orientasi yang diadakan bagi memperkenalkan dan menyesuaikan para pelajar baru dengan keadaan sekeliling kawasan universiti. Minggu orientasi ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar yang baru mendaftar untuk membiasakan diri dengan suasana sebenar bergelar mahasiswa dan mahasiswi.

“ Haziq, boringlah orientasi dah habis”, kata Rizal sambil menepuk bahu Haziq yang sedang membawa beberapa buah buku di tangannya.

“ Ish kau ni Rizal kalau ye pun bagilah salam dulu. Terperanjat aku dibuatnya”, kata Haziq dalam nada yang tegas.

“ Ala, aku memang nak buat kau terperanjat pun”, seloroh Rizal sambil tertawa kecil melihat gelagat Haziq yang terperanjat dengan kehadirannya itu.

“ Takdelah aku just nak bagitau kau yang boringlah sebab minggu orientasi dah habis”, sambung Rizal lagi.

“ Ala, eloklah dah habis. Takdelah lepas ni kita penat lagi nak layan kerenah budak-budak baru ni. Lepas tu pulak nak kena buat post-mortem. Penat kau tau tak”, balas Haziq sambil mengeluh.

“ Itu aku taulah. Aku pun penat gak. Tapi aku tak puas hati lagilah nak denda diaorang. Lepas tu pulak aku tak sempat lagi nak cari awek-awek yang cun”, balas Rizal lagi.

“ Ye tak ye jugak. Habis tu mana kau nak campakkan kekasih hati kau si Mona tu”, ujar Haziq mengiyakan kata-kata Rizal tadi sambil memperli sahabatnya itu.

Kata –kata Haziq itu tadi mengundang tawa antara mereka. Haziq dan Rizal merupakan fasilitator yang turut terlibat dalam minggu orientasi pelajar-pelajar baru sejak seminggu yang lalu bermula dari tarikh mereka mula mendaftarkan diri.

Prappp…………………………………
Bunyi buku-buku yang terjatuh ke lantai dari tangan Haziq.

“ Woi buta ke? Takkan tak Nampak orang kot? Lain kali mata tu pandanglah ke depan masa berjalan. Ini tak letak kat lutut agaknya”, marah Rizal kepada kedua-dua orang gadis itu.

“ Maafkan dia ye. Lagipun kami tak perasan kamu berdua tadi. Kami mintak maaf sangat-sangat”, balas salah seorang dari gadis itu yang bernama Farah memohon maaf atas apa yang berlaku tadi.

Akibat terlalu tergesa-gesa untuk pulang ke kolej menyebabkan Farah dan Suraya tidak perasan akan Haziq dan Rizal sehingga terlanggar Haziq dan menyebabkan buku-buku yang dibawanya terjatuh ke lantai. Suraya dan Farah pula merupakan pelajar baru yang baru saja mendaftar masuk yang baru saja tamat menghadapi minggu orientasi selama seminggu.

Bersambung...............................

Thursday, March 5, 2009

Harapan

Hari demi hari ditempuhi
Dirasakan begitu sukar,
Keluh kesah singgah menodai sukma,
Jiwa lemas ditenggelami lautan kegelisahan

Hari demi hari berlalu
Keresahan dijiwa masih bertakhta
Merajai hati sanubari
Jiwa meronta-ronta minta dibebaskan,
Dari penjara derita…

Hari demi hari datang dan pergi,
Diriku bertanya..
Adakah titisan embun ditengah bahang mentari petang,
Adakah sinar disebalik kehitaman mendung awan,
Persoalan demi persoalan terus merasuki fikiran,
Diri kaku diulit seribu ketidakpastian…

Hari demi hari masih kulalui,
Dugaan demi dugaan masihku renangi,
Kudratku telah sedaya mencuba,
Zahirku telah puas menitiskan peluh upaya,
Ikhtiarku telah membatasi keringatku,
Jika masih begini,
Tiada lagi mampu dayaku menahan bebanan..
Aku hanya mampu menanti
Dan jua hanya mampu berserah kepada yang ESA.
Agar mentari esok masih memancarkan
Sinar harapannya..

by : Jambu

Rindu

Rindu…
Menzahir resah,
Merintih pilu,
Mengeluh hiba,
Meracau hati,
Merasuk jiwa…

Rindu…
Menyelubungi malam,
Menghening sunyi,
Membungkam sepi,
Menghayut raga,
Membuai kalbu…

Rindu…
Melayar diri,
Menyingkap kenangan,
Mengimbau memori,
Menghampar ingatan,
Menggamit suka duka..

Rindu..
Setulus rindu,
Seikhlas rindu,
Seluhur rindu,
Sesuci rindu,
Mekar dijiwa…

Rindu…
Atas dasar kasih,
Atas dasar sayang,
Atas dasar cinta,
Mengikat tali persahabatan,
Memateri janji setia,
Dalam hati dalam jiwa,
Tak akan luput tak akan pudar,
Kekal buat selamanya,
Hingga nyawa ke penghujungnya.

by : Jambu

Gurisan Hati Luka

hatiku trluka...
jiwaku pedih..
sanubariku merana..
batinku hampa...
saban hari, tiap ketika,diriku dihentam..
dihempas...diremuk...
oleh tsunami pghinaan dan ribut taufan fitnah...
rasa sedih kecewa duka laraku...tiada dapat kugambarkn...
kerana pghinaan itu...
diperilakukn oleh sahabatku sndiri,
yg selama ini brsamaku..
yg kuanggapkn dpt brsamaku melayari lautan suka duka....
tiada kuduga....semua itu mimpi semata.....
kerana ak dihina,ak dicela..ak difitnah...
ak dikhianati sendiri..
oleh insan yang selama ini kuberikn pangkat sahabat yg mulia...
kudratku tiada trdaya...mulutku kaku...
zahirku diam membatu...tiada mampu meluahkn kata...
tiada mampu menahan hempapkn besi konkrit hinaan...
celaan balingan batuan fitnah..
yg diperilakukn oleh insan yg kugelar sahabat..

by : Jambu