Monday, January 12, 2009

Antara 2 Kasih

Assalamualaikum wbt.

t قال: قال رسول الله e (( لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا یبع
بعضكم على بيع بعض، وآونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا یظلمه ولا یخذله،
ولا یكذبه، ولا یحقره، التقوى ههنا، ویشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر
أن یحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه )) رواه مسلم.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi
antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

Sahabat2 sekalian yang dikasihi oleh Allah swt, cuba bayangkan dan renungkan dunia kita pada hari ini. Terlalu banyak kerosakan sana sini di atas muka bumi, umat Islam bermusuhan sesama sendiri dan tidak menghiraukan nasib saudara seagama lebih2 lagi saudara kita di bumi Palestin yang saban hari menderita di kampung halaman mereka angkara tentera Zionis yang kejam. Rasulullah SAW memerintahkan umatnya agar menjadi hamba Allah yang bersaudara, yang mempunyai sifat kasih sayang walaupun berlainan etnik,kaum mahupun warna kulit. Bak kata orang cubit paha kanan, sakit paha kiri, pukul tangan kanan, sakitnya sampai ke hati.

Namun realiti umat Islam sekarang yang tidak mempedulikan nasib saudara kita di Palestin menggambarkan seolah-olah peperangan di Palestin hanyalah lakonan semata-mata,tidak ada kaitan yang hidup ataupun yang mati. Adakah mereka tidak tahu ataupun buat2 tidak tahu? Bagi yang tahu cukupkah rasanya dengan melahirkan rasa simpati yang sementara? "Isy2, kesiannya depa kat Palestin tu, ada ke patut zionis buat mcm tu kat depa. tak patut,tak patut..." Cukupkah dengan doa-doa yang dihantar melalui sms? Lalu diforwardkan kepada orang lain dan merasakan tanggungjwab kita untuk membantu rakyat Palestin sudah terlepas. Sedarlah wahai sahabat2ku sekalian, banyak lagi perkara yang belum kita laksanakan kepada saudara kita di Palestin. Cubalah kita bayangkan negara kita dilanda musibah seperti di Palestin(harap dijauhkan),cuba kita selami perasaan rakyat Palestin.
Pastinya kita tahu betapa peritnya hati dan jasad kita menahan kerakusan kuasa membunuh tentera yahudi dan zionis. Mengapa hati kita terasa susah untuk menjemput perasaan simpati? Mengapa tidak setitik pun air mata kita jatuh meratapi nasib rakyat Palestin? Mengapa kita tidak mampu berbuat apa-apa? Mengapa? Why?Why and Whhhy? Jawapannya ada pada diri kita sendiri,letaknya nun jauh di sudut hati, tersorok disebalik kegelapan hati yang jauh dari Ilahi. Namun begitu, masih belum terlambat untuk kita berubah wahai sahabat2 yang budiman.

Marilah kita bersama-sama bangkit menentang Israel dan sekutunya sebelum mereka bangkit menentang dan memusnahkan tanah air kita sebagaimana yang berlaku di Palestin. Perkara ini tidak mustahil sahabat2 sekalian, tidak mustahil untuk berlaku di sini. Umpama orang jakun yang mengatakan mustahil untuk bercakap dengan orang di tempat yang jauh menggunakan kotak hitam(handphone). Di sini saya akan senaraikan apa yang kita boleh lakukan untuk meringankan bebanan rakyat Palestin. Bersama-samalah kita berusaha bergantung kepada kemampuan masing-masing.
  • lakukan solat hajat
  • berdoalah kepada Allah SWT menyelamatkan bumi Palestin sekurang2nya selepas sembahyang 5 waktu.(selebih-lebihnya selepas solat-solat sunat)
  • boikot barang2 Amerika(ni yang penting)--ROKOK, COCA COLA, Huggies, River Island, MCDONALD,KFC, Disney,Clinique,Donna Karan, STARBUCKS,Gap,Garnier, Perrier, KOTEX, Sanex, Jomalone, lancome,Libbys,Tchibo,Loreal,Kleenex,Maybelline,NESTLE ,Vittel ,Revlon Dll.
  • Infaqkan bantuan kemanusiaan Palestine: 557157802444(Maybank) ataupun 14-023-01-003429-2 (Bank Islam) ataupun mana2 acc bank yang disalurkan ke aman Palestin.
  • lastly, tolong sedarkan sahabat2 kita yang masih lena dibuai mimpi indah di siang hari(daydream or whatever)
Oleh itu, bacalah dan telitilah maksud yang tersurat mahupun yang tersirat , tapi yang pasti isinya sudah amat jelas sekali untuk difahami oleh orang-orang yang berada di hadapan skrin komputer ini(kamu la)!

Wassalam.

Selamat Berjuang!

Sunday, January 11, 2009

CERPEN-WARKAH BUAT SAHABAT (ep. 1)

“ Wei jauh kau termenung”,kejut Shamsul sehingga membuatkan Huzaifah terlompat kerana terperanjat.

“ Ish kau ni Shamsul suka sangat buat aku terkejut. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak alamat arwahlah aku jawabnya”, balas Huzaifah.

“ Ala relakslah. Aku tak ada niat pun nak terkejutkan kau apatah lagi nak tengok kau mati terkejut”, seloroh Shamsul.

“ Habis tu kalau dah buat macam tu tak ke mati terkejut aku dibuatnya nanti”, marah Huzaifah.

“ Okey, aku minta maaf sangat-sangat. Aku janji tak buat lagi. Ala tak ada lah, aku tengok kau termenung jauh dari tadi, sebab tulah aku datang. Apa yang kau menungkan?”, balas Shamsul.

“ Ala tak ada apalah. Aku cuma terfikirkan terlalu cepat rasanya masa berlalu kan. Yelah mana taknya pejam celik, pejam celik kita dah pun habis semester tiga. Tahun depan kita dah mula pulak semester empat”.

“ Yelah betul cakap kau tu. Aku pun macam tak percaya je. Ala tapi nak buat macam mana waktu sentiasa berputar selagi hari tak kiamat”,balas Shamsul.

“ Oh ye, kau balik kampung bila?”, soal Huzaifah.

“ Kalau ikutkan tiket bas yang aku dan Iqram beli malam ni. Kau pulak balik bila?”,balas Shamsul.

“ Oh yeke. Aku mungkin balik petang besok kot sebab banyak lagi barang tak kemas”.

“ Ala kau tak apalah rumah dekat je. Sejam dua sampailah rumah lepas tu pulak ada kenderaan sendiri. Jadi tak kisahlah bila kau nak balik pun”.

“ Lainlah aku ni terpaksa duduk berjam-jam lamanya dalam bas nak sampai rumah”, rungut Shamsul.

“ Ala tak apalah sekurang-kurangnya terasalah sikit perasaan nak balik kampong”, balas Huzaifah berjenaka.

“ Oh ye, kau ada tak nampak Iqram? Dari tadi aku tunggu dia tapi batang hidung dia pun aku tak nampak”, soal Shamsul.

“ Entahlah, aku pun tak perasan pulak dia masa keluar dari dewan peperiksaan tadi. Mungkin dia dah balik ke bilik kot. Yelah kata nak balik malam ni mestilah dia sibuk nak kemas barang”, jawab Huzaifah.

“ Okeylah kalau macam tu. Aku balik kolej dulu ye. Selamat cuti semester”.

Lalu, Hazif dan Shamsul pun berjabat tangan dan masing-masing menuju pulang ke kolej masing-masing.

nantikan sambungan untuk episod seterusnya...........

Thursday, January 8, 2009

CINTA SEJATI

Cinta………………..
Satu kata yang cukup indah
Mudah diucap dan diungkap
Tetapi sukar untuk dizahirkan
Seindah madah yang indah

Cinta hanya sekadar permainan
Sekadar manis mulut berbicara
Meluahkan segala kata yang dusta
Hingga membuatkan kita terleka
Alpa dan lalai dengan madah pujangga

Cinta insani hanya sementara
Hadirnya silih berganti
Tiada yang kekal bersemi
Kerana ajal pemisah segalanya

Cintakan duniawi hanya seketika
Terpesona dengan indahnya hidup ini
Sehingga hati menjadi gelap
Mencari cinta yang sejati

Cinta Ilahi cinta abadi
Lambang cinta yang suci
Tak pernah jemu memberi
Tak pernah melukai mahupun mendustai
Kerana inilah pengertian cinta sejati
Yang kan kekal abadi
Bersemi dan menerangi taman hati
Selamanya yang hakiki